Friday 15 November 2013

Penubuhan Perpustakaan Tun Seri Lanang



Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, Perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras, 5 Bangunan Canselori, UKM sebelum berpindah ke bangunan tetap Perpustakaan.

Bangunan Perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

Sistem Perpustakaan UKM ini terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan empat perpustakaan cabang iaitu Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (Kampus Kuala Lumpur) yang dirasmikan pada 25 November 2005 dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM ( Kampus Cheras).



Bangunan Perpustakaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Siapa Tun Seri Lanang ?

Tun Seri Lanang yang kita kenali sebagai pengarang besar Johor yang telah melahirkan buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin" (1612), dilahirkan pada tahun masihi 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Ayahandanya Orang Kaya Paduka Raja Ahmad dan bondanya Tun Gengang. Beliau berasal dari keluarga orang kaya atau bergelar kerana nenek moyangnya keluarga Bendahara Sri Maharaja Melaka, membawa kepada baginda Mani Purindan keturunan Bukit Siguntang. Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara ke 14 dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja Johor pada tahun 1580, oleh Sultan Ala-Jalla Abdul Jalil Syah. Beliau mangkat pada tahun 1615 di Aceh.

Sumber : Warisan Persuratan Johor YWJ (1997)

No comments:

Post a Comment