Tuesday 17 December 2013

ISLAM DALAM KEHIDUPAN-MENUJU BAHAGIA



Pertamanya, kita panjatkan rasa syukur tidak terhingga, besarnya rahmat Allah s.w.t. yang meletakkan kita dalam barisan muslimin. Selawat dan salam juga kepada junjungan Rasul s.a.w., kerja keras, titik peluh dan darah baginda dan para sahabat yang memungkinkan kita pada hari ini untuk merasai dan menikmati Islam.

ISLAM ...
Inilah sinar yang membawa kebahagiaan kepada umat manusia satu masa dulu. Menyinari dunia yang dalam kegelapan jahiliyah. Sinar yang memberi kehidupan kepada hati, yang menjadikan bumi ini bercahaya daripada asalnya berada dalam kegelapan dan kemalapan zaman Jahiliyah.

Islam membawa suatu perubahan yang besar ke atas dunia ini. Meletakkan ummatnya di barisan-barisan kemuliaan. Mulia kerana tunduk dan patuh pada Allah s.w.t. Mulia kerana menerima apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dengan sepenuh hati. Bahkan kemuliaan inilah yang telah menyebabkan umat Islam dianugerahkan hampir 2/3 bumi, dikuasai dan ditadbir oleh sistem pemerintahan Islam.

Namun,
Hari ini sebaliknya yang berlaku. Ummat ini adalah ummat yang paling hina di dunia. Dilabel sebagai pengganas, bahkan dihinjak dan direndah-rendahkan oleh masyarakat kuffar.

Di mana kesilapan kita sebenarnya?
Hina sehingga begitu sekali, diusir daripada negara sendiri, bahkan ada yang dibunuh di dalam negara sendiri, menjadi tawanan.
Mana silap kita?
Bukankah Islam itu yang memuliakan kita?
Lantaran, apa yang mengakibatkan ummat Islam dalam keadaan begini pada hari ini?

Saudara yang budiman,
Sebelum kita jawab persoalan ini, saya suka petik beberapa ayat Al-Quran dari surah Al-Imran yang bermaksud:



"Sesungguhnya deen di sisi Allah hanyalah Islam"



"Barangsiapa mencari selain Islam sebagai deen, maka sekali-kali tidak akan diterima, bahkan dia di akhirat nanti tergolong dalam golongan yang rugi."


Apa yang kita faham daripada ayat ini?
Ayat ini menyatakan pada kita bahawa deen, sistem kehidupan yang diredhai, disukai oleh Allah hanyalah Islam. Hanya Islam sahaja....
Juga Allah nyatakan lagi, jika kita hidup selain dengan kehidupan Islam, meninggalkan Islam daripada kehidupan, maka kita adalah di kalangan orang-orang yang rugi.

Islam itu datang bersama dengan hati yang bersedia untuk tunduk dan patuh kepada arahan Allah.
Islam itu datang pada hati-hati yang bersedia untuk diserahkan kepada Allah.
Sebab itu, hanya orang yang bersedia menundukkan hatinya kepada segala perintah dan larangan Allah, maka Allah akan sediakan hatinya itu untuk menerima hidayah daripada Allah.




ISLAM ITU LENGKAP, MENYELURUH DAN BERSEPADU
Saudara yang disayangi sekalian,

Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan deen yang lengkap. Merupakan deen yang menyeluruh dan bersepadu. Ia mencakupi semua aspek kehidupan kita. Makan kita adalah Islam, berjalan kita adalah Islam, bercakap kita adalah Islam. Semua yang kita lakukan adalah Islam.

Bukan bernama Islam jika hanya ketika solat dan di masjid. Ataupun ketika melaksanakan rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan Islam itu meliputi semua aspek kehidupan kita.

Sebab itu, saya sebutkan sebentar tadi, Islam ini hanya datang bersama dengan orang yang bersedia menundukkan hatinya kepada Allah. Islam menuntut kita untuk tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. setiap masa.

Dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:


"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepada-Ku"

Setiap detik dalam kehidupan kita perlu kita isi dengan memperhambakan diri kepada Allah. Kita perlu memahami bahawa konsep ibadah itu sangat luas. Makan kita adalah ibadah, berjalan kita adalah ibadah, bercakap kita adalah ibadah, semuanya adalah ibadah jika kita mematuhi 2 syarat utama ini:


1) Apa yang kita lakukan bertepatan dan tidak berlebihan dengan apa yang ditetapkan olehsyariat.
2) Kita ikhlas dalam amalan kita kerana Allah s.w.t.

Jika dipatuhi syarat ini, maka barulah kita akan memahami tanggungjawab sebagai muslim.




ISLAM ITU DARI SEKECIL-KECIL PERKARA HINGGA SEBESAR-BESAR PERKARA DALAM KEHIDUPAN KITA

Saudara yang dikasihi kerana Allah,
Percayakah kita pada hal ini, Islam ada daripada sekecil-kecil perkara dalam kehidupan kita hingga sebesar-besar perkara dalam kehidupan kita?
Islam itu ada contohnya dalam semua aspek kehidupan kita...

Ya, memang benar...
Islam itu merangkumi daripada SEKECIL-KECIL perkara hinggalah SEBESAR-BESAR perkara dalam kehidupan kita.
Semuanya telah diajar oleh Islam.
Masuk tandas adalah Islam.
Makan minum adalah Islam...
Berkeluarga adalah Islam...
Hinggalah kepada pentadbiran negara juga adalah Islam.

Inilah hebatnya Islam.
Sebab itulah, orang yang menolak sistem Islam dalam kehidupan adalah orang yang rugi.

"Barangsiapa yang mencari deen (cara hidup) selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, bahkan di akhirat kelak termasuk dalam golongan yang rugi."

Dari sekecil-kecil perkara ini hinggalah sebesar-besar perkara, kita lakukan semuanya semata-mata kerana mencari REDHA ALLAH.
Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara ini, kita lakukan semuanya dengan wasilah atau jalan yang betul mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.


"Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syariat, dan yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syariat."

Inilah neraca ukur kita dalam kehidupan.
Kita menilai kehidupan kita berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syara'.
Kita menilai baik atau tidak berdasarkan nilaian Allah s.w.t..

Kita sekali-kali tidak boleh mengambil nilaian manusia lain dalam kehidupan.
Manusia adalah makhluk yang Allah ciptakan. Maka baik dan buruk semuanya ditentukan oleh Allah.
Tidak ada yang boleh memberi kebaikan kepada kita tanpa izin Allah.
Juga tidak ada yang memberi kemudharatan kepada kita tanpa izin Allah.

Nilaian manusia juga berubah-ubah. Hari ini, mungkin dia memuji dan menggembirakan kita.
Hari esok, mungkin dia juga yang paling menyakitkan dan menyedihkan hati kita.

Sebab itu, kita perlu mengambil nilaian Allah. Ganjaran dan balasan itu daripada Allah.
Ganjaran pahala dan masuk ke syurga, Allah yang akan beri.
Dosa, balasan dan azab neraka, Allah juga yang akan beri.
Manusia tidak ada kemampuan dan kuasa untuk beri dosa mahupun pahala kepada kita.






PENUTUP

Saudara yang dikasihi Allah,
Sebab itulah perlunya kita kepada Islam.
Inilah perkara UTAMA yang kita nak rasai dalam diri kita.Islam yang akan membahagiakan kita.
Islam jugalah yang akan membawa kita kepada kesejahteraan di akhirat nanti.

Kata Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua, Saidina Umar Al-Khattab selepas berjaya menawan Al-Quds:
"Kita telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain Islam, maka Allah pasti menghinakan kita."

Saudara sekalian,
Mari segera kita bergerak dan melangkah bersama untuk memahami dan mengambil Islam yang sebenar dalam kehidupan kita.
Wallahu a'lam.


CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS


JOM DENGAR CERAMAH DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS

SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah.





1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

KELUARGA BAHAGIA



Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.

Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.



Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.

Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(Surah At-Tahrim: 6)

“Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun.”

Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi “mind set” kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim)

Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan “mode Islam” itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.

Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama’, bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.

Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama’ dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le’ts turn on Islamic mode in our family!

DATABASE

Databases, Data, and Information

Database
• Collection of data organized in a manner that allows access, retrieval, and use of that data

Data
• Collection of unprocessed items
• Text
• Numbers
• Images
• Audio
• Video

Information
• Processed data
• Documents
• Audio
• Images
• Video

Database software, often called a database management system(DBMS), allows users to:
  • Create a computerized database
  • Add, modify, and delete data
  • Sort and retrieve data
  • Create forms and reports from the data
Valuable information should have the following characteristics:

  • Accurate
  • Verifiable
  • Timely
  • Organized
  • Accessible
  • Useful
  • Cost-effective
The Hierarchy of Data
A characteris one byte

–Numbers, letters, space, 
punctuation marks, or 
other symbols

•A fieldis a combination 
of one or more related 
characters

–Field name
–Field size
–Data type

Common data types include:
  • Text
  • Numeric
  • AutoNumber
  • Currency
  • Date
  • Memo
  • Yes/No
  • Hyperlink
  • Object
  • Attachment

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN



Galeri info Tengku Anis


Bank Kerapu





Istana Jahar


Negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang terkenal dengan tempat-tempat kebudayaan dan kesenian.Memang tidak dinafikan negeri Kelantan mempunyai banyak tempat kebudayaan dan kesenian untuk di lawati.Sinonimnya,tempat-tempat kebudayaan dan kesenian di negeri Kelantan dijaga sejak zaman dahulu lagi sehinggalah sampai sekarang.Antara tempat-tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan ialah Bank Kerapu.Bank ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.Disamping itu,Galeri info Tengku Anis juga salah satu tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan.Galeri ini dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubor iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.Kelantan juga terkenal dengan keunikan istana,ini kerana pembinaan istana di negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri kebudayaan dan kesenian.Kebanyakan istana di negeri Kelantan mempunyai sejarah yang tersendiri.Antara istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan ialah Istana Batu.Istana ini direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai istana yang menyimpan alat-alat kebesaran DiRaja seperti Istana Balai Besar. Istana ini dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.Istana Jahar juga salah satu Istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan.Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.Akhir sekali,tempat-tempat kebudayaan yang terdapat di Kelantan ialah Bulatan Merdeka.Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

PUSAT MEMBELI-BELAH



Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Pasar Besar Siti Khadijah


Negeri Kelantan juga terkenal dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga yang berpatutan.Memag tidak dinafikan,Kelantan mempunyai banyak pusat membeli-belah,antaranya ialah Pasar Siti Khadijah.Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu.Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Matsebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.Selain itu,Pasar Borong Wakaf Che Yeh juga salah satu pusat membeli-belah yang terdapat di negeri Kelantan.Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai pusat membeli-belah bebas cukai seperti Rantai Panjang.Harga yang ditawarkan di sini memang berpatutan sekali.Rantau Panjang terletak kira-kira 25 km dari Pasir Mas, 40 km dari Kota Bharu. dan merupakan lokasi kawasan pelancongan yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di Kelantan . Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti keperluan keluarga , pakaian , peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM,penggurup wang dan sebagainya.Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Sungai Golok.Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.KB Bazar juga salah satu pusat membeli-belah di negeri Kelantan yang harus di lawati.KB Bazaar merupakan sebuah lokasi baru perniagaan di bandar Kota Bharu dijangka muncul sebagai lokasi 'bisnes' terulung di Kelantan sekiranya mendapat sokongan padu golongan usahawan dan penduduk tempatan.KB Bazaar merupakan satu lokasi perniagaan strategik untuk Bumiputera. Ia terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall.roduk yang ditawarkan di KB Bazaar termasuk batik, barangan perak, hiasan dalaman, pakaian siap, kain ela, barangan antik, kraftangan rakyat Kelantan dan peralatan elektrik.Akhir sekali,pusat membeli-belah yang terdaat di negeri Kelantan ialah KB Mall.KB Mall ialah pusat membeli-belah yang sering kali dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana mempunyai kemudahan yang lengkap serta canggih.KB Mall merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang terletak di Kota Bharu.Ia merupakan tempat membeli-belah yang stategik kerana berada di laluan utama Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar.Kompleks ini dibuka pada tahun 2005.Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu 'pacific hpermarket'.Di tingkat atas,terdapat medan selera yang menyajikan makanan tempatan dan luar negara.KB Mall juga terpilih kompleks membeli-belah yang terunggul di Malaysia yang mengatasi kompleks membeli-belah terkemuka di seluruh dunia.Ini membolehkan KB Mall mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli-belah yang terunggul yang akan di adakan di Belanda pada Disember ini.