Tuesday 17 December 2013

ISLAM DALAM KEHIDUPAN-MENUJU BAHAGIA



Pertamanya, kita panjatkan rasa syukur tidak terhingga, besarnya rahmat Allah s.w.t. yang meletakkan kita dalam barisan muslimin. Selawat dan salam juga kepada junjungan Rasul s.a.w., kerja keras, titik peluh dan darah baginda dan para sahabat yang memungkinkan kita pada hari ini untuk merasai dan menikmati Islam.

ISLAM ...
Inilah sinar yang membawa kebahagiaan kepada umat manusia satu masa dulu. Menyinari dunia yang dalam kegelapan jahiliyah. Sinar yang memberi kehidupan kepada hati, yang menjadikan bumi ini bercahaya daripada asalnya berada dalam kegelapan dan kemalapan zaman Jahiliyah.

Islam membawa suatu perubahan yang besar ke atas dunia ini. Meletakkan ummatnya di barisan-barisan kemuliaan. Mulia kerana tunduk dan patuh pada Allah s.w.t. Mulia kerana menerima apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dengan sepenuh hati. Bahkan kemuliaan inilah yang telah menyebabkan umat Islam dianugerahkan hampir 2/3 bumi, dikuasai dan ditadbir oleh sistem pemerintahan Islam.

Namun,
Hari ini sebaliknya yang berlaku. Ummat ini adalah ummat yang paling hina di dunia. Dilabel sebagai pengganas, bahkan dihinjak dan direndah-rendahkan oleh masyarakat kuffar.

Di mana kesilapan kita sebenarnya?
Hina sehingga begitu sekali, diusir daripada negara sendiri, bahkan ada yang dibunuh di dalam negara sendiri, menjadi tawanan.
Mana silap kita?
Bukankah Islam itu yang memuliakan kita?
Lantaran, apa yang mengakibatkan ummat Islam dalam keadaan begini pada hari ini?

Saudara yang budiman,
Sebelum kita jawab persoalan ini, saya suka petik beberapa ayat Al-Quran dari surah Al-Imran yang bermaksud:



"Sesungguhnya deen di sisi Allah hanyalah Islam"



"Barangsiapa mencari selain Islam sebagai deen, maka sekali-kali tidak akan diterima, bahkan dia di akhirat nanti tergolong dalam golongan yang rugi."


Apa yang kita faham daripada ayat ini?
Ayat ini menyatakan pada kita bahawa deen, sistem kehidupan yang diredhai, disukai oleh Allah hanyalah Islam. Hanya Islam sahaja....
Juga Allah nyatakan lagi, jika kita hidup selain dengan kehidupan Islam, meninggalkan Islam daripada kehidupan, maka kita adalah di kalangan orang-orang yang rugi.

Islam itu datang bersama dengan hati yang bersedia untuk tunduk dan patuh kepada arahan Allah.
Islam itu datang pada hati-hati yang bersedia untuk diserahkan kepada Allah.
Sebab itu, hanya orang yang bersedia menundukkan hatinya kepada segala perintah dan larangan Allah, maka Allah akan sediakan hatinya itu untuk menerima hidayah daripada Allah.




ISLAM ITU LENGKAP, MENYELURUH DAN BERSEPADU
Saudara yang disayangi sekalian,

Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ini merupakan deen yang lengkap. Merupakan deen yang menyeluruh dan bersepadu. Ia mencakupi semua aspek kehidupan kita. Makan kita adalah Islam, berjalan kita adalah Islam, bercakap kita adalah Islam. Semua yang kita lakukan adalah Islam.

Bukan bernama Islam jika hanya ketika solat dan di masjid. Ataupun ketika melaksanakan rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan Islam itu meliputi semua aspek kehidupan kita.

Sebab itu, saya sebutkan sebentar tadi, Islam ini hanya datang bersama dengan orang yang bersedia menundukkan hatinya kepada Allah. Islam menuntut kita untuk tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. setiap masa.

Dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:


"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepada-Ku"

Setiap detik dalam kehidupan kita perlu kita isi dengan memperhambakan diri kepada Allah. Kita perlu memahami bahawa konsep ibadah itu sangat luas. Makan kita adalah ibadah, berjalan kita adalah ibadah, bercakap kita adalah ibadah, semuanya adalah ibadah jika kita mematuhi 2 syarat utama ini:


1) Apa yang kita lakukan bertepatan dan tidak berlebihan dengan apa yang ditetapkan olehsyariat.
2) Kita ikhlas dalam amalan kita kerana Allah s.w.t.

Jika dipatuhi syarat ini, maka barulah kita akan memahami tanggungjawab sebagai muslim.




ISLAM ITU DARI SEKECIL-KECIL PERKARA HINGGA SEBESAR-BESAR PERKARA DALAM KEHIDUPAN KITA

Saudara yang dikasihi kerana Allah,
Percayakah kita pada hal ini, Islam ada daripada sekecil-kecil perkara dalam kehidupan kita hingga sebesar-besar perkara dalam kehidupan kita?
Islam itu ada contohnya dalam semua aspek kehidupan kita...

Ya, memang benar...
Islam itu merangkumi daripada SEKECIL-KECIL perkara hinggalah SEBESAR-BESAR perkara dalam kehidupan kita.
Semuanya telah diajar oleh Islam.
Masuk tandas adalah Islam.
Makan minum adalah Islam...
Berkeluarga adalah Islam...
Hinggalah kepada pentadbiran negara juga adalah Islam.

Inilah hebatnya Islam.
Sebab itulah, orang yang menolak sistem Islam dalam kehidupan adalah orang yang rugi.

"Barangsiapa yang mencari deen (cara hidup) selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, bahkan di akhirat kelak termasuk dalam golongan yang rugi."

Dari sekecil-kecil perkara ini hinggalah sebesar-besar perkara, kita lakukan semuanya semata-mata kerana mencari REDHA ALLAH.
Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara ini, kita lakukan semuanya dengan wasilah atau jalan yang betul mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.


"Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syariat, dan yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syariat."

Inilah neraca ukur kita dalam kehidupan.
Kita menilai kehidupan kita berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syara'.
Kita menilai baik atau tidak berdasarkan nilaian Allah s.w.t..

Kita sekali-kali tidak boleh mengambil nilaian manusia lain dalam kehidupan.
Manusia adalah makhluk yang Allah ciptakan. Maka baik dan buruk semuanya ditentukan oleh Allah.
Tidak ada yang boleh memberi kebaikan kepada kita tanpa izin Allah.
Juga tidak ada yang memberi kemudharatan kepada kita tanpa izin Allah.

Nilaian manusia juga berubah-ubah. Hari ini, mungkin dia memuji dan menggembirakan kita.
Hari esok, mungkin dia juga yang paling menyakitkan dan menyedihkan hati kita.

Sebab itu, kita perlu mengambil nilaian Allah. Ganjaran dan balasan itu daripada Allah.
Ganjaran pahala dan masuk ke syurga, Allah yang akan beri.
Dosa, balasan dan azab neraka, Allah juga yang akan beri.
Manusia tidak ada kemampuan dan kuasa untuk beri dosa mahupun pahala kepada kita.






PENUTUP

Saudara yang dikasihi Allah,
Sebab itulah perlunya kita kepada Islam.
Inilah perkara UTAMA yang kita nak rasai dalam diri kita.Islam yang akan membahagiakan kita.
Islam jugalah yang akan membawa kita kepada kesejahteraan di akhirat nanti.

Kata Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua, Saidina Umar Al-Khattab selepas berjaya menawan Al-Quds:
"Kita telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain Islam, maka Allah pasti menghinakan kita."

Saudara sekalian,
Mari segera kita bergerak dan melangkah bersama untuk memahami dan mengambil Islam yang sebenar dalam kehidupan kita.
Wallahu a'lam.


CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS


JOM DENGAR CERAMAH DARIPADA USTAZ AZHAR IDRUS

SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah.





1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

KELUARGA BAHAGIA



Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.

Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.



Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.

Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(Surah At-Tahrim: 6)

“Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun.”

Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi “mind set” kebanyakan daripada kita. Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim)

Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan “mode Islam” itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.

Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama’, bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.

Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama’ dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.

Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le’ts turn on Islamic mode in our family!

DATABASE

Databases, Data, and Information

Database
• Collection of data organized in a manner that allows access, retrieval, and use of that data

Data
• Collection of unprocessed items
• Text
• Numbers
• Images
• Audio
• Video

Information
• Processed data
• Documents
• Audio
• Images
• Video

Database software, often called a database management system(DBMS), allows users to:
  • Create a computerized database
  • Add, modify, and delete data
  • Sort and retrieve data
  • Create forms and reports from the data
Valuable information should have the following characteristics:

  • Accurate
  • Verifiable
  • Timely
  • Organized
  • Accessible
  • Useful
  • Cost-effective
The Hierarchy of Data
A characteris one byte

–Numbers, letters, space, 
punctuation marks, or 
other symbols

•A fieldis a combination 
of one or more related 
characters

–Field name
–Field size
–Data type

Common data types include:
  • Text
  • Numeric
  • AutoNumber
  • Currency
  • Date
  • Memo
  • Yes/No
  • Hyperlink
  • Object
  • Attachment

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN



Galeri info Tengku Anis


Bank Kerapu





Istana Jahar


Negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang terkenal dengan tempat-tempat kebudayaan dan kesenian.Memang tidak dinafikan negeri Kelantan mempunyai banyak tempat kebudayaan dan kesenian untuk di lawati.Sinonimnya,tempat-tempat kebudayaan dan kesenian di negeri Kelantan dijaga sejak zaman dahulu lagi sehinggalah sampai sekarang.Antara tempat-tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan ialah Bank Kerapu.Bank ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.Disamping itu,Galeri info Tengku Anis juga salah satu tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan.Galeri ini dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubor iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.Kelantan juga terkenal dengan keunikan istana,ini kerana pembinaan istana di negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri kebudayaan dan kesenian.Kebanyakan istana di negeri Kelantan mempunyai sejarah yang tersendiri.Antara istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan ialah Istana Batu.Istana ini direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai istana yang menyimpan alat-alat kebesaran DiRaja seperti Istana Balai Besar. Istana ini dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.Istana Jahar juga salah satu Istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan.Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.Akhir sekali,tempat-tempat kebudayaan yang terdapat di Kelantan ialah Bulatan Merdeka.Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

PUSAT MEMBELI-BELAH



Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Pasar Besar Siti Khadijah


Negeri Kelantan juga terkenal dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga yang berpatutan.Memag tidak dinafikan,Kelantan mempunyai banyak pusat membeli-belah,antaranya ialah Pasar Siti Khadijah.Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu.Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Matsebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.Selain itu,Pasar Borong Wakaf Che Yeh juga salah satu pusat membeli-belah yang terdapat di negeri Kelantan.Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai pusat membeli-belah bebas cukai seperti Rantai Panjang.Harga yang ditawarkan di sini memang berpatutan sekali.Rantau Panjang terletak kira-kira 25 km dari Pasir Mas, 40 km dari Kota Bharu. dan merupakan lokasi kawasan pelancongan yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di Kelantan . Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti keperluan keluarga , pakaian , peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM,penggurup wang dan sebagainya.Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Sungai Golok.Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.KB Bazar juga salah satu pusat membeli-belah di negeri Kelantan yang harus di lawati.KB Bazaar merupakan sebuah lokasi baru perniagaan di bandar Kota Bharu dijangka muncul sebagai lokasi 'bisnes' terulung di Kelantan sekiranya mendapat sokongan padu golongan usahawan dan penduduk tempatan.KB Bazaar merupakan satu lokasi perniagaan strategik untuk Bumiputera. Ia terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall.roduk yang ditawarkan di KB Bazaar termasuk batik, barangan perak, hiasan dalaman, pakaian siap, kain ela, barangan antik, kraftangan rakyat Kelantan dan peralatan elektrik.Akhir sekali,pusat membeli-belah yang terdaat di negeri Kelantan ialah KB Mall.KB Mall ialah pusat membeli-belah yang sering kali dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana mempunyai kemudahan yang lengkap serta canggih.KB Mall merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang terletak di Kota Bharu.Ia merupakan tempat membeli-belah yang stategik kerana berada di laluan utama Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar.Kompleks ini dibuka pada tahun 2005.Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu 'pacific hpermarket'.Di tingkat atas,terdapat medan selera yang menyajikan makanan tempatan dan luar negara.KB Mall juga terpilih kompleks membeli-belah yang terunggul di Malaysia yang mengatasi kompleks membeli-belah terkemuka di seluruh dunia.Ini membolehkan KB Mall mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli-belah yang terunggul yang akan di adakan di Belanda pada Disember ini.

REKREASI DAN MANDI MANDA








Pantai Cahaya Bulan









Taman Rekreasi Tengku Anis







Pantai Irama


Negeri Kelantan memang terkenal dengan pantai-pantai yang menarik perhatian pelancong,samaada pelancong tempatan atau pom pelancong luar negara.Di samping itu,di negeri ini juga terdapat banyak tempat-tempat rekreasi yang menarik.Antara pantai yang sering kali menarik perhatian pengunjung ialah Pantai Cahaya Bulan atau pom di panggil PCB.Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia ll. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional .Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang.Selain itu,Pantai Irama juga salah satu pantai yang menarik di negeri Kelantan.Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga pelancong asing dan tempatan.Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku.Pantai Irama Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Pantai ini juga seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Ia nyaTerletak disepanjang laluan utama Bachok sehingga Kota Bharu.Pantai Sri tujuh juga salah satu pantai yang terdapat di negeri Kelantan.Pantai Sri Tujuh terletak di daerah Tumpat. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubor dan stesen kereta api. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang.Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh,ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf .Pengunjung boleh makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan pengunjung juga boleh menunggang bot skyang disediakani. Pengunjung juga boleh melihat bot nelayan yang kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini.Manakala tempat rekreasi yang paling popular di negeri Kelantan ialah Taman Rekreasi Tengku Anis.Taman ini seluas empat ekar terletak di Kilometer 10 Jalanraya Pasir Mas sehingga Rantau Panjang. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Jun 2000.Idea penubuhan Taman Rekreasi Tengku Anis telah dicetuskan sendiri oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Pembinaan peringkat awal taman ini dilakukan secara gotong-royong antara Majlis-Majlis Daerah seluruh negeri Kelantan dan juga agensi-agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.Taman Rekreasi Tengku Anis juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung-pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.Di samping itu,negeri Kelantan juga mempunyai air terjun yang boleh dijadikan tempat rekreasi di kalangan pelancong.Antara nya ialah Jeram Pasu,ia nya terletak di Kampung pak Amat di daerah Pasir Putih kira-kira 35kilometer dari Kota Bharu.Airnya yang jernih,sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi yang popular dikalangan pengunjung.Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di negeri Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain.Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun ini.Pihak berkuasa juga telah tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.Segala kemudahan juga telah disediakan bagi keselesaan pengunjung.Destinasi ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah

ALAM SEMULAJADI DAN EKSPEDISI








Taman Negara Kuala Koh







Tasik Pergau




Jika anda mempunyai hobi seperti pencinta alam semulajadi dan ekspedisi yang mencabar,negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang mempunyai kaitan hobi anda itu.Ini kerana,negeri Kelantan mempunyai banyak tempat-tempat seperti ini yang menarik untuk dikunjungi.Salah satu tempat alam semulajadi yang menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi negeri ini ialah Taman Negara Kuala Koh.Taman Negara ini terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidekan dan pembangunan.Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.Selain itu,Tasik pergau juga salah satu tempat alam semulajadi yang harus dikunjungi di negeri ini.Tasik Pergau menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.Suhu di tempat itusehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.Tempat ini dikelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, Brazil suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.Manakala tempat ekspedisi yang terdapat di Kelantan ialah Gua Keris yang terdapat di Dabong. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam. Di gua itu juga terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.Akhir sekali,tempat ekspedisi yang terdapat di negeri Kelantan ialag Gua Gelap.Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

HOMESTAY



Homestay Kampung Batu Papan





Homestay Kampung Kubang Telaga


Jika anda ingin merasai kehidupan di kampung,negeri Kelantan salah satu negeri yang mempunyai homestay yang betul-betul akan memberi kehidupan anda di kampung.Salah satu homestay yang terdapat di Kelantan ialah homestay Kampung Jering di daerah Jeli. Ia merupakan homestay yang pertama di Jajahan Jeli ini. Ia terletak di jalan utama Jeli. Kemudahan pengangkutan awam dari Bandar Jeli juga tersedia untuk kemudahan pengunjung mengunjungi Homestay Kampung Bukit Jering ini.Kampung ini adalah merupakan perkampungan yang dibangunkan dengan tersusun dengan mengekalkan elemen tradisi masyarakat setempat. Kebanyakan penduduk asalnya adalah dari sekitar kampung-kampung di Daerah Jeli.Segala kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, dewan, masjid dan kemudahan lain lagi ada di kampung ini. Kedudukan rumah penduduk yang tersusun dan strategik dekat dengan segala kemudahan juga membantu penduduk setempat dalam menjayakan program homestay ini. Dan yang menjadi elemen utama Homestay Kampung Bukit Jering ini ialah keramahan dan kemesraan penduduk yang pasti akan membuatkan pengunjung berasa gembira dan selesa bila berada di kampung ini.Selain itu,homestay Kampung Kubag Telaga di daerah Bachok juga salah satu homestay yang terdapat di Kelantan.Homestay Kampung Kubang Telaga mula diwujudkan pada akhir tahun 2006 apabila seramai 40 orang penduduk kampung ini selesai menjalani kursus Asas homestay yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) Homestay ini diberi nama Homestay Kampung Kubang Telaga adalah sempena sejarah kampung ini,iaitu terdapat sebuah kubang yang luas dan di dalamnya telah digali sebuah telaga oleh penduduk kampung bagi mendapatkan air kegunaan harian terutama pada musim kemarau panjang. Penduduk kampung ini didiami oleh 235 keluarga dan kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.Hampir 95 peratus berkerja sebagai petani. Pada masa ini terdapat 30 orang penduduk telah menyertai program ini sebagai tuan rumah. Di homestay Kg.Kubang Telaga sedia menerima seramai antara 70 hingga 80 orang pelancong secara serentak.Antara aktiviti yang terdapat di homestay ini ialah riadah sungai, menghayati kehidupan di kampung tradisional, menghayati kehidupan petani dan menghayati keindahan permandangan semulajadi kampung Kubang Telaga.Homestay Kampung Kubang Telaga Terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu,21 km dari Bandar Bachok,dan 12 km dari Bandar Pasir Puteh.Kampung ini meliputi kawasan seluas 4 km persegi yang dikelilingi oleh sawah padi.Disamping itu,homestay Kampung Batu Papan di daerah Gua Musang salah satu homestay yang sering dikunjungi oleh pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung.Pelancong akan terpegun degan keindahan alam semulajadi yang terdapat di kampung ini.Pelancong boleh bersantai di tepi sungai Galas berhampiran kampung ini sambil mendengar aliran anak sungai yang mengalir.Di kampung ini juga dikelilingi gua iaitu Gua Madu.Pelancong juga boleh secara dekat penghasilan keropok oleh penduduk di kampung ini kerana ada sebahagian penduduk di kampung ini yang mempunyai industri penghasilan keropok secara kecil-kecilan.Akhir sekali,homestay yang perlu anda lawati di negeri Kelantan ialah homestay Kampung Kemunchup di daerah Machang.Di kampung ini,pelancong boleh melihat sendiri pertandingan 'boxing'.Kerana di kampung ini,pertandingan 'boxing' sering kali diadakan untuk tontonan pelacong.Selain itu,penduduk di kampung ini juga sangat mesra dan peramah.

MENJAMU SELERA





Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan




Restoran Nasi Kerabu Golok


Negeri Kelantan memang terkenal dengan masakan manis,namun ia sering kali mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang melancong ke negeri ini.salah satu makanan khas yang terdapat di negeri Kelantan ialah nasi kerabu.Nasi kerabu memang popular di kalangan rakyat Malaysia,sebut sahaja nasi kerabu,mesti semua orang akan berfikir nasi kerabu di Kelntan ialah nasi kerabu yang paling popular di Malaysia.Salah satu restoran nasi kerabu yang selalu mendapat sambutan di negeri Kleantan ialah kedai 'Nasi Kerabu Golok'.Restoran menawarkan harga yang berpatutan kepada p[elanggan.Di sini juga terdapat pelbagai hidangan nasi kerabu.Restoran ini terletak di Kota Bharu.Disamping itu,restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK)juga salah satu restoran yang sering mendapat perhatian pengunjung yang ingin menjamu selera di negeri ini.Restoran mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.Selain itu,restoran 'Yati Ayam Percik' juga salah satu restoran yang popular di negeri Kelantan.Keistemewaan yang terdapat di restoran ini tentulah ayam percik.Setiap hari,restoran ini selalu tidak lenggang dengan kehadiran tetamu.Restoran ini terletak di Kota Bharu.

Mahasiswa dan Ilmu-Membina Generasi Iqra'



Ayat pertama yang diturunkan di dalam Islam ialah Iqra’


Sebahagian kita hanya melihat itu adalah kepentingan Islam terhadap pentingnya ilmu. Bila dikatakan ‘membina generasi iqra’, ramai yang melihat ianya membina generasi berilmu. Namun saya sering melihat ia sebagai sesuatu yang lebih signifikan. Lebih besar.


Mahasiswa adalah satu lapisan komuniti yang mempunyai potensi yang tidak terhingga. Mahasiswa boleh menjadi kepimpinan negara, juga boleh menjadi yang merobohkannya. Nilai intelek, kreativiti, semangat, tenaga yang wujud pada anak-anak muda, bukanlah satu perkara yang patut dipandang sebelah mata.


Oleh orang lain, juga oleh mahasiswa itu sendiri. Kita bermula dari diri mahasiswa itu sendiri. Makanya mahasiswa perlu menyedari, membina dirinya untuk menjadi generasi Iqra’.


Apakah generasi Iqra’ itu?






Bermula Dengan Bacalah, bukan Berimanlah


Allah SWT menurunkan ayat pertama untuk Islam dengan ayat ‘bacalah’. Iqra’


Tidak Dia turunkan agama ini bermula dengan ayat – Berimanlah!


Tidak juga Dia turunkan agama ini bermula dengan arahan – Wahai Muhammad, pergilah menyeru manusia lain beriman kepadaKu!


Tetapi lafaz yang pertama, ialah Iqra’.


Apa yang perlu dilihat di sini ialah, Islam mengutamakan kefahaman. Tidaklah Islam itu datang dengan paksaan untuk beriman. Tetapi Islam datang membawa pencerahan, menambah kefahaman dan membuka minda manusia terhadap kebenaran.


Di sana kita lihat lengkapnya ayat Iqra’ ini dengan – Iqra’ bismirabbik al-ladzi kholaq. Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.


Kita diarahkan untuk memperdalamkan kefahaman kita, untuk mencari sebuah kebenaran. Membuka minda kita untuk melihat apa yang sebenarnya perlu kita laksanakan di dalam kehidupan ini. Ayat itu diikat dengan – ‘dengan nama tuhanmu yang menciptakan’. Seakan-akan kefahaman itu perlu bermula dengan kita mempersoalkan diri kita.


Siapakah kita? Mengapa kita didatangkan? Dan ke mana kita akan pergi?


Antara soalan paling asas yang terbaik untuk kita mulakan perjalanan mencari kebenaran. Di sana kita akan melihat bahawa kita bukanlah hamba kepada mana-mana orang, juga mana-mana sistem, juga mana-mana ism. Tetapi kita bermula sebagai hamba kepada Allah SWT. Kita hanya tunduk kepada sistemNya. Dia sahajalah Tuhan kita.


Bila kita meneruskan pembacaan kita, kita akan bertemu dengan pelbagai bukti menunjuk ke arah ini. Terutama apabila kita menelaah Al-Quran itu sendiri.






Mahasiswa Dan Perhambaan Moden


Hari ini mungkin kita tidak dipaksa untuk sujud kepada berhala. Tetapi sentiasa sebenarnya syaitan itu berusaha dan tidak berputus asa. Berhala muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa, jikalah kita ini tidak mempunyai minda yang sedar dan kebenaran tidak terbuka kepada kita, maka secara tidak sedar, kita telah sujud kepada berhala-berhala moden ini.


Berhala tersebut sama ada muncul dalam bentuk sukan, game, fesyen, parti politik dan sebagainya. Apa sahaja perkara yang mensisihkan kita daripada perhambaan kita kepada Allah SWT, hingga kita mampu mengenepikan tanggungjawab kita terhadapNya. Maka itulah dia berhala moden hari ini.


Mahasiswa sepatutnya mengambil semangat Ibrahim AS, yang kala usia mudanya telah menggapai kesedaran ini dengan ‘membaca’ suasana kelilingnya hingga terbuka kepadanya kebenaran. Sama-sama kita perhatikan kisahnya yang tercatat di dalam Al-Quran:


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: “Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Surah Al-An’am ayat 74-79.


Dan lihatlah bagaimana pemuda ini kemudiannya memusnahkan berhala-berhala yang ada.


Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): “Mengapa kamu tidak makan? “Mengapa kamu tidak menjawab?” Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). Surah As-Saffat ayat 91-98.


Kebenaran membuatkan dia berani memecahkan berhala-berhala tersebut.


Bukanlah apa yang saya tulis ini hendak menyeru kepada merosakkan rumah ibadat orang lain. Tetapi apa yang hendak saya serukan adalah agar mahasiswa-mahasiswi menjadi generasi yang mencari kebenaran, untuk seterusnya menjadi berani merobohkan berhala-berhala di dalam diri mereka, sekaligus tampil sebagai peribadi-peribadi yang boleh diberikan tanggungjawab untuk memimpin ummah ini.


Amat malang apabila mahasiswa yang mempunyai potensi yang tidak terhingga, tidak bergerak mencari kebenaran di dalam kehidupannya. Sangat rugi apabila golongan ini menjadi sempit, jumud dan terperangkap hanya dengan satu-satu cara fikir semata-mata.


Sedangkan untuk mengemudi ummat ini, yang mempunyai pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis kaum, ditambah dengan pelbagai jenis ancaman baik yang jelas atau yang tersembunyi, kepimpinan perlu bijak dan matang untuk menjadikan pengemudian ini satu perkara yang berjaya.






Penutup: Membebaskan Minda dan Jiwa


Maka kita kembali kepada asalnya.


Menjadi generasi yang membaca. Membaca tidak semestinya membaca buku semata-mata. Membaca boleh jadi dengan tangan – bereksperimen, mengkaji. Membaca boleh jadi dengan kaki – berjalan, mengembara, pergi ke majlis ilmu. Membaca boleh jadi dengan mulut – bersembang dengan orang yang lebih tua. Membaca boleh jadi dengan mata – buat perhatian, membaca buku, menonton dokumentari.


Yang pastinya, kita tidak memenjara diri kita hanya dengan buku teks dan mata pelajaran kita semata-mata. Tidak cukup kita merasa lega hanya dengan usrah dan apa yang mas’ul kita suapkan buat kita.


Binalah diri yang kritis dan kreatif. Sambil mempunyai prinsip.


Lihatlah kala Allah SWT menurunkan ayat pertama itu, dipesankan agar kita ‘membaca dengan nama Tuhan yang menciptakan’. Yakni ilmu ini, pencarian ini, kita cari adalah untuk memperhambakan diri kita, dan orang lain kepada Allah SWT.


Tuhan kita hanya Allah SWT. Bukan orang lain. Bukan sistem lain. Bukan perkara lain.


Maka mulakanlah perjalanan ini. Kala diri masih muda, otak masih cerdas, mata masih tajam, tenaga masih banyak. Mengapa perlu menjadi orang tua yang menyesal dengan pembaziran masa mudanya.


Lebih teruk, nanti menjadi orang tua yang tidak menyesal kerana dia langsung rasa selesa dengan apa sahaja yang dunia suapkan kepadanya.


Semoga Allah menjadikan kita manusia yang cerah mindanya, bersih jiwanya.


Rabbi zidna ilma nafi’a, war zuqna fahman wasi’a!

Di Mana Kita Di Hadapan ALLAH..



Hari berganti hari, kita menyaksikan perkembangan teknologi yang semakin signifikan fungsinya dengan gaya hidup orang muda.

Mungkin zaman Friendster, My Space dan yang sewaktu dengannya telah tinggal menjadi kenangan yang dilupakan..

Namun, dengan perkembangan teknologi yang ada ini, sungguh wajarlah kita bertanya pada diri, di manakah kita hari ini di hadapan Tuhan yang Maha Esa?

Zaman Yang Mencabar Keimanan

Hidup di zaman teknologi ini mendekatkan kita dengan pelbagai sumber ilmu dan kebenaran, tetapi manusia semakin hilang sensitiviti di hadapan Tuhan.

Di zaman video tazkirah dan peringatan sangat banyak di laman sesawang, video maksiat dan dosa juga sangat mudah diakses. Di zaman peringatan sangat banyak di’share’ di dinding MukaBuku, tak kurang juga ramai yang mempromosi dosa di dinding yang sama. Laman sesawang yang menghubungkan manusia seumpama Facebook dan Twitter seakan-akan telah menjadi pasaran lambak untuk promosi diri secara murahan melalui gambar bercouple, gambar dan video murahan maruah wanita.

Bagaimanakah kita melalui semua ini?

Dengan akaun Facebook serta laman sesawang semua ini, siapakah kita di hadapan Tuhan pada hari ini?

Apakah taqwa kita semakin bertambah dengan membaca peringatan-peringatan yang banyak melata di dinding-dinding kehidupan maya ini?

Apakah semakin tertingkat prestasi ibadah dan ilmu kita dengan menatap dinding yang penuh informasi ini?

Sungguh, ini zaman yang mencabar keimanan.

Peringatan dan tazkirah populis banyak melata, tetapi seakan tiada mengesani jiwa.

Di manakah kita dengan tazkirah yang telah kita hadam sebentar tadi selepas kita keluar meninggalkan akaun FB dan laman sesawang kita yang lain? Apakah ia telah diterjemah ke dalam kehidupan?

Atau ia hanya akan semata-mata tinggal sebagai pesanan populis untuk ditatap oleh ramai orang?

Menggerakkkan Kesedaran Bermula Dari Diri Sendiri


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” [Ar-Ra’d : 11]

Inilah esensi kepada perubahan masyarakat yang lebih besar. Untuk mengubah ummat, ia bermula dari mengubah apa yang ada pada diri kita sendiri.

Slogan perubahan, jangan hanya dilaungkan kuat di medan-medan status FB sahaja ataupun program-program dalaman kumpulan kita. Perubahan bukan slogan untuk dilaungkan, ia adalah tindakan untuk direalisasikan.

Kita tidak akan dapat mengubah nasib ummat ini sekiranya kita tidak bermula dengan mengubah kelalaian yang menjangkiti diri kita. Kelalaian menghabiskan masa berjam lamanya di depan laman sesawang dan FB hanya untuk melayan update status orang dan chatting akan perkara-perkara yang kurang penting. Kelalaian menghabiskan masa dengan banyak tidur dan kurang serius dalam memperbaiki prestasi ilmu dalam diri.

Semuanya bermula dengan diri sendiri.

Revolusi ummat menuju jalan islah dan jalan iman bukan dengan hanya memperbanyakkan peringatan populis di dinding-dinding FB atau di Twitter saja, tetapi dengan mula turun ke medan memperbaiki diri, membumikan teori ke medan realiti.

Manusia mungkin semakin terhubung sesama mereka dengan adanya laman sesawang seperti FB dan Twitter, namun semakin renggang dengan Tuhan melayan kesibukan urusan 24 jam dengan manusia.

Penutup : Menjejak Semula Iman

Dunia semakin berkembang, namun jangan iman kita semakin mengecut. Di kala dunia mengalami perkembangannya, janganlah kita hanyut dibawa arusnya.

Benar, iman ada turun naiknya, tetapi ketika turun, janganlah merosot terus sehingga. Biarlah dikawal turun naik itu agar tetap dalam ketaatan kepada Allah.

Mari jejak semula iman kita.

Imanlah yang akan menyelamatkan kita di hadapan Allah.

Iman membuahkan sensitiviti dalam hati. Sensitiviti untuk menjaga hak bermasyarakat. Sensitiviti untuk memelihara maruah diri sendiri.

Semoga di zaman fitnah, ketika ramai yang terikut-ikut melondehkan maruah diri sendiri mengikuti trend perkembangan teknologi yang ada, kita tidak terikut-ikut menjadi mangsa fitnah juga.


Petikan Artikel http://langitilahi.com


Jangan Berhenti Berharap


Pada suatu hari, seorang lelaki telah membeli sebuah tembikai. Kemudian, dia membawa tembikai tersebut pulan dan memberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok. Maka, si isteri mula marah-marah melihatkan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah si suami kepada isteri, “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?”

Terdiam si isteri menderngar pernyataan tersebut. Si suami meneruskan lagi kata-kata.

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu mengharapkan tanaman yang terbaik. Adakah marahmu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini? Bertakwalah kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya”.

Maka menangislah si isteri atas kesilapannya. Si isteri lalu bertaubat dan beristighfar.

Ibarat Buah Tembikai

Sesungguhnya, setiap daripada kita pasti menginginkan kehidupan yang indah, damai dan bahagia tanpa diganggu oleh mana-mana anasir yang mampu merobek kebahagiaan yang kita alami. Kita impikan seluruh kehidupan kita ini berjalan dengan sebaiknya, malahan kita selalu meminta kepada Yang Maha Kuasa supaya diberikan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Namun, saat ujian datang menjengah dalam hidup kita, bagaimana penerimaan kita? Bagaiman reaksi kita dalam menghadapi segala dugaan yang kita rasakah tidak pernah putus?

Adakah kita redha menerima segala ujian yang diberikan?

Adakah kita terus-terusan menyalahkan Si Pemberi Ujian?

Atau adakah kita hanya bermuram durja lantas terus berhenti berharap kepadaNya?

Kita sentiasa mahukan buah tembikai yang manis, merah isinya dan mengandungi banyak jus. Namun kadang-kala, selepas tembikai dibelah, harapan kita seakan-akan hancur melihatkan buah yang disangka manis adalah tawar, isi yang disangka merah rupanya merah pucat, bahkan jus pula kurang. Lantas kita terus menyalahkan pembeli, penjual dan penanam tembikai itu; tanpa disedari kita seolah-olah menyalahkan Pencipta tembikai itu.

‘Urwah bin Al-Zubair Memuji Si Pemberi Ujian

Suatu hari, ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. Dalam perjalanan, kaki ‘Urwah merasakan kakinya terkena sesuatu. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya lalu pecah dan menjadi sebuah luka.

Tiba di Syam, tabib datang untuk memeriksa kaki ‘Urwah. Tabib kemudian menyimpulkan bahawa luka itu merupakan satu jangkitan yang mana jika tidak segera dihentikan boleh merebak ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran jangkitan itu adalah dengan memotong kaki tersebut.

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar ‘Urwah meminum ubat bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar dia tidak berasa sakit, tetapi ‘Urwah menolak. ‘Urwah ingin tetap berada dalam keadaaan sedar sehingga dapat mengingat Allah meskipun harus merasakan kepedihan yang sangat menyeksa. Akhirnya, tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada waktu yang sama, seorang anak ‘Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami kemalangan. Seekor keldai telah menendangnya sehingga mati. Apabila mendengar berita sedih itu, ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa. Hanya ketika dalam perjalanan pulan ke Madinah, terdengar ‘Urwah berkata,

“Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain.”

Di saat itu, ‘Urwah bin al-Zubair masih lagi dapat menemui alasan untuk memuji Allah meskipun dalam musibah yang memilu hati. MashaAllah.

Tarbiyyah Daripada Illahi

Tanpa kita sedari, ujian yang menjenguk kita merupakan percikan tarbiyyah daripada Illahi. Mungkin pada awalnya kita mengalah, kita sendiri tercungap-cungap dalam lelah. Terkadang kita rebah, namun itu tanda bukan kita terus mengalah. Mencari-cari resolusi terhadap permasalahan yang dihadapi. Ujian didatangkan supaya kita dapat mempelajari sesuatu dan seterusnya dapat menguatkan diri kita , mencekalkan hati kita terhadap hamparan ujian yang menghadiri. Perlahan-lahan tanpa disedari, kita belajar erti menghargai dan bersabar dengan setiap ujian yang diberi.

Oleh itu, optimislah dengan segala ujian yang diperoleh. Kita tidak tahu apa yang Allah sembunyikan dari kita. Hanya yang pasti, semuanya terkandung 1001 hikmah yang tersembunyi yang sememangnya khas didatangkan daripada Illahi. Teringat akan kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, “Jika kita mendapat apa yang kita tidak suka, sukalah dengan apa yang kita dapat. Jadikan buah limau yang masam itu sebagai minuman yang manis.”

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah: 216)

~Sheikh Ibnu Taimiyah~

Ujian yang menimpa itu menunjukkan kasih sayang yang dihamparkan kepada kita daripadaNya. Jarang kita tsedar bahawa sebelum ujian datang menjengah dalam kehidupan kita, kita begitu lalai dan leka dalam mengingatiNya. Kerana tidak mahu kita terus terbuai dengan keindahan dunia yang sementara, kita diuji supaya kita sedar bahawa segalanya tidak kekal abadi, melainkan di akhirat nanti.

Teruskan memanjat pengharapan dan pertolongan kepadaNya supaya kita sedar kita hanyalah sekadar hamba kerdil yang memang perlu diuji. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri. Teruskan pengharapan kepadaNya. Jangan sesekali kita berhenti berharap kepadaNya.

Sama-sama ambil ibrah daripada kisah ‘Urwah bin Zubair yang dihadiahkan musibah, namun tetap memanjatkan syukur tanpa sedikitpun kufur!

“Sekiranya ada masalah yang tidak selesai, beristighfar sebanyak-banyaknya. Nescaya Allah akan membuka jalan keluar. Apabila terasa sentuhan Allah, segala ujian, cubaan dan kesulitan yang datang akan menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja.”

Petikan Artikel http://www.iluvislam.com

KITA PASTI MATI



Astaghfirullahal ’adzim..

Mari KITA Renungkan,Betapa Sakitnya saat

sakaratul maut..

Betapa Gelapnya Di dalam kubur..

Betapa sempitnya di liang lahat..

Betapa Ngerinya di tanya oleh

Malaikat..

Betapa Pedihnya Adzab Kubur..

Betapa Panasnya Api Neraka..

Betapa Malangnya Nasib Kita saat itu..

Jika Kita banyak Dosa..

Meski Saat ini Kita Masih muda

Masih Tegar Masih Kuat, Tapi Maut tidak

mengenal itu semuanya..

Maut bisa datang kapan saja..

Meski Kita tidak ingin MATI..

Tapi pasti kita akan merasakannya..

Entah berapa hari lagi..

Entah berapa Bulan Lagi..

Entah berapa Tahun lagi..

Pasti, Maut akan menjemput Kita..

SETELAH BERADA DI ALAM KUBUR..

Barulah Kita akan sadar, apa arti

kehidupan di Dunia ini..

YA ALLAH : ampunilah Dosa2 Kami, dengan

segala kasih sayang-MU dan jadikanlah

akhir hayatKu sebagai Khusnul Khatimah..

Aamiin Yaa Rabbal'Aalamiin

Sunday 15 December 2013

MY FAMILY ENGLISH DRAMA

BERLATIH PUNYA BERLATIH.....
DARI TENGAH MALAM SAMPAI KE PAGI...
BERGADUH SKET2...
MERAJOK LA BAGAI...

AKHIRNYAAAA.......
SAMPAILAH MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU....

TEDENGGG DENGGGG DENGG DENGGGG DENGGGGG....

PRESENTATION DAYYYY!!!!!

HAAAAOOOOOO....

HARI PEMBUKTIAN!!!!

BAHAWASANYA KAMI...
ROCKY AND BULLWINKLE...
BUDAK ENGLISH FOUNDATION SET 16..
TELAH BERLATIH DENGAN BERSUNGGOH-SUNGGOH..
UNTUK BERTANDING DI ARENA ENGLISH FOUNDATION DRAMA...
DAN KAMI..
AKAN BERLAKON..
DENGAN SEPENUH HATI KAMI...
DAN MEMBUKTIKAN KEPADA SEMUA!!
BAHAWA KAMI ADALAH YANG TERBAIK!!!!

YEAHHHHH!!!!
ALHAMDULILLAH..KAMI DAPAT TEMPAT KE-3.. :)

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa..



Kewujudan kita hari ini sesungguhnya satu nikmat yang amat besar dari Allah swt. Melalui dua orang insan mulia, satu ketika dahulu kitalah yang menjadi ‘sang juara’ mengatasi ribuan yang lain dalam sebuah perjuangan demi sebuah kehidupan.

Tanpa mereka, siapalah kita..? Tanpa mereka,akan lahirkah kita melihat dunia hari ini..?


AYAH dan IBU... BAPA dan EMAK...ABI dan UMMI..

Ya,merekalah dua orang insan yang mulia itu. Bertuahnya kita kerana dikurniakan mereka yang mana sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa memperoleh sebarang balasan pun. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya mereka dengan ikhlasnya menjaga dan membesarkan kita dengan penuh susah dan kepayahan.Dan bukan cuma seorang! Tetapi berlima,berenam malah mungkin berbelas adik-beradik yang lain.


Lihatlah garis-garis halus dan kedutan di wajah ayah dan ibu..Satu ketika dahulu,wajah yang tampan dan cantik itu kini berubah dek kerana usia yang kian dimamah waktu. Segala kekerutan di wajah mereka, segala kebimbangan mereka, tidak lain hanyalah kerana risau memikirkan hidup anak-anaknya.

Lihatlah pula rambut mereka yang dahulunya hitam kini berubah putih beruban. Ayah dan ibu pernah tidak mempedulikan diri mereka sendiri lantaran memikirkan untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi mereka, biar susah. Biar payah. Yang penting, anak-anak membesar bahagia tanpa merasa ada kukurangan sedikit pun berbanding insan lain.

Tanpa memikirkan kelelahan yang terpaksa dihadapi, ayah gigih dan tabah keluar berkerja saban hari untuk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah untuk meringankan beban yang ditanggungnya sendiri. Ya Allah..betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah-olah sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yang bernama anak-anak. Dengan belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka..semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia kerna disayangi dan sentiasa berasa selamat lantaran ada yang menjaga dan melindungi kita.

Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa, kita mula terlupa akan mereka.

Kita terlupa betapa satu ketika dahulu, mereka sangat menyayangi kita lebih dari nyawa mereka sendiri. Hari ini.. kasih sayang,keprihatinan dan kerisauan mereka terhadap kita membuatkan kita merasa bahawa hidup kita dikongkong dan disekat! Kita merasa bahawa dalam banyak hal kitalah yang benar, dan mereka hanyalah insan tua yang tidak tahu apa! Seandainya inilah yang berlaku, bayangkanlah perasaan mereka yang dulu pernah memanjai dan mendidik kita bagai menatang minyak yang penuh.

Wahai anak, sedarlah!

Insafilah..bahawa merekalah insan yang paling layak untuk kita patuhi dan sayangi selepas taat kita kepada Sang Khaliq. Kerana itulah, kita dapat lihat betapa Allah swt telah menyebut berulang kali, bahawa selepas ketaatan kita dipersembahkan kepada Allah swt,maka ayah dan ibulah yang keduanya.


Allah swt berfirman yang mafhumnya:

(Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa) An Nisa:36

( Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia) Al Isra’: 23

Hadith peninggalan Rasulullah saw juga banyak sekali menyebut tentang keutamaan untuk kita berbuat baik kepada ayah dan ibu selepas ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah dan RasulNya. Di samping itu, Rasulullah saw juga ada mengingatkan tentang balasan buruk apabila kita menderhaka dan menyakiti mereka.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:(Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.”
Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “
Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w
menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari

(Rasulullah saw bersabda, Dosa-dosa besar: Syirik terhadap Allah, menderhaka kepada ibu bapa,membunuh diri dan bersumpah dengan dusta) HR Bukhari

Hari ini kita dapat lihat, bagi mereka yang mempunyai kekasih hati, mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa. Ada masanya, kita lebih mengutamakan untuk bertanya khabar si kekasih, bertanya sakit peningnya, meminta pendapat, nasihat, doa dan sebagainya. Sedangkan kita terlupa bahawa ayah dan ibulah yang lebih berhak ke atas diri kita untuk mendahulukan mereka berbanding semua insan lain.


Ayuh, kita cakna semula diantara adab-adab yang perlu kita jaga selaku seorang anak kepada ibu bapa.Together towards anak soleh/solehah..!! (^_^)


1) Hendaklah kita memuliakan mereka

2) Bersalaman dan mencium tangan mereka sebagai tanda kasih dan hormat

3) Menjaga adab ketika bercakap dengan mereka

4) Menyahut panggilan mereka tanpa melengah-lengahkannya

5) Sentiasa berusaha menggembirakan mereka

6) Menjaga harta mereka

7) Tidak mencaci dan meninggikan suara terhadap mereka

8) Tidak mendahului mereka dalam segala hal

9) Tidak duduk di tempat tinggi daripada mereka

10) Sentiasa meminta izin dan pandangan mereka mengenai sesuatu hal

11) Menghormati sahabat-sahabat mereka

12) Tidak berlebih-lebih dalam memuliakan isteri (khusus bagi yang bergelar suami)

13) Memperbanyakkan doa kepada mereka

Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerna sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.


Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah SAW bersabda: Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan ibu bapanya. Dan kemurkaan Allah adalah bergantung kepada kemurkaan ibu bapanya.” (Hadis al-Tirmizi).

‘Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku.. Rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mengasihiku sejak kecil..’ Amin..~




Friday 13 December 2013

DRAMA ENGLISH (PREPARATION)



DRAMA PUNYA PASAL...

SAMPAI PUKUL 3 PAGI TAK TIDUR LAGI..
.
NAK SEDIA KAN PROP LAGI..

BERLATIH LAGI...

DENGAN TAK CUKUP ORANGNYA..

SALAH SKRIPLA..

LUPA SKRIPLA...

HAAAAHHH...SAKIT KEPALA..

TAPI..ALHAMDULILLAH...

SEMUANYA SANGGUP KORBANKAN MASA..

UNTUK JADIKAN DRAMA NI YANG TERBAIK..