Tuesday 8 October 2013

KENALI UKM



Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat diMalaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampusutama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.


SEJARAH PENUBUHAN UKM

Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir Adabi. Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain.
18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.



No comments:

Post a Comment